Ikan Patin Sangkar

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
 Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
  2. Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
  3. Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)
    • patin Buah
    • Patin Mucung
    • Patin Juara.
      Ikan patin sangkar dijual pada harga RM10 hingga RM14 sekilo di sekitar daerah Temerloh, Jerantut dan Bera. Manakala harga ikan patin sungai boleh mencecah RM180 sekilo bergantung kepada jenisnya.
      ***diambil dari Wikipedia

      Sangkar Kami Sepintas Lalu

      Lokasi sangkar kami terletak satu perkampungan di Jerantut. Perbekalan ikan-ikan adalah mencukupi untuk sepanjang tahun kecuali ada wabak penyakit dan juga banjir besar.




      Pemandangan suasana desa yang permai


      Proses menangkap dan memunggah ke tebing


      dan lihat ni !


      Tempahan untuk patin sangkar hidup juga diterima.

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan